Kadar jangka pendek kekal stabil susulan campur tangan BNM

Bernama
Oktober 1, 2020 09:59 MYT
BNM juga akan mengendalikan tender Qard bernilai RM2 bilion selama tujuh hingga 32 hari.
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.
Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM40.67 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.94 bilion dana Islam.
BNM akan melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional, masing-masing merangkumi tender bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh,14 dan 32 hari.
Bank pusat juga akan mengendalikan tender Qard bernilai RM2 bilion selama tujuh hingga 32 hari.
Ia juga telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, Perjanjian Jual Beli Semula (SBBA) dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar (CCM) untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.
Pada pukul 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM37.7 bilion dan RM13.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah.
- BERNAMA
#BNM #Qard #tender #Bank Negara Malaysia #Murabahah #konvensional #ketersediaan repo berbalik #pasaran wang #dana Islam #sistem kewangan #perbankan #kadar jangka pendek
;