Kadar jangka pendek diunjur stabil hari ini dengan operasi BNM
Bernama
April 28, 2023 11:00 MYT
April 28, 2023 11:00 MYT
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM43.75 bilion dan sebanyak RM25.39 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional RM500 juta masing-masing selama tujuh dan 14 hari, serta tiga tender Qard melibatkan tender RM800 juta untuk tempoh tujuh hari, tender RM500 juta (10 hari) dan tender RM200 juta (14 hari).
Ia juga akan menjalankan satu tender repo berbalik RM1.49 bilion selama 33 hari.
Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM43.2 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM22.9 bilion bagi tender semalaman Murabahah.
-- BERNAMA