Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Bernama
Mac 24, 2023 17:11 MYT
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM51.8 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.0 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini manakala dalam dana Islam, mudah tunai merosot kepada RM23.01 bilion daripada RM28.59 bilion.
Terdahulu, bank pusat menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.
Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM51.8 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.0 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.
Setakat 23 Mac 2023, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah pada 2.75 peratus.
-- BERNAMA
#kadar antara bank #Bank Negara Malaysia #sistem kewangan #mudah tunai
;