Kadar jangka pendek dijangkakan kekal kukuh susulan operasi BNM

Bernama
Disember 30, 2019 01:59 MYT
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM35.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM23 bilion. - Gambar hiasan
Kadar-kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran kewangan.
Lebihan mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM45.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.77 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan melaksanakan tender pasaran wang lelongan matang berjumlah RM10 bilion untuk tiga hari hingga 31 hari.
BNM juga akan melaksanakan tiga tender Qard membabitkan RM1.3 bilion untuk tujuh hari, RM1 bilion untuk 14 hari dan RM700 juta untuk 21 hari,
Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM35.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM23 bilion.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #dana Islam #kadar jangka pendek #mudah tunai #operasi #sistem konvensional #tender Qard #tender semalaman konvensional