Kadar inflasi Jan naik ke 3.5%
Rizal Zulkapli
Februari 24, 2016 13:27 MYT
Februari 24, 2016 13:27 MYT
Indeks Harga Pengguna yang mengukur kadar inflasi meningkat kepada 3.5 peratus pada Januari.
Kenaikan kadar inflasi ini adalah susulan kenaikan dalam kesemua 12 kumpulan utama termasuk perkhidmatan dan barangan, kesihatan dan makanan.
Bulan-ke-bulan, kadar inflasi menurun ke 0.3 peratus berbanding Disember 2015.
Dari bulan-ke-bulan indeks pengangkutan, komunikasi dan minuman beralkohol dan tembakau mencatatkan kejatuhan.
Dalam kenyataan Jabatan Perangkaan, barangan dan perkhidmatan yang menjadi ukur asas IHP atau kadar inflasi telah turut disemak berdasarkan 12 bulan dari Januari ke Disember 2014.
Ia kemudian digunapakai pada Disember 2015 dalam menghubungkan indeks baru dan lama.