Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Bernama
April 9, 2024 21:54 MYT
April 9, 2024 21:54 MYT
KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM23.53 bilion daripada RM26.56 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM19.33 bilion daripada RM18.67 bilion sebelumnya.
Terdahulu, bank pusat menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo terbalik dan tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Bank pusat menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM17.1 bilion kepada RM19.3 bilion.
Pada 4 petang, ia menjalankan tender semalaman konvensional bernilai RM23.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.3 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus sehingga 8 April.
-- BERNAMA