Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Bernama
April 10, 2023 18:19 MYT
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai sehingga RM38.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.80 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM38.70 bilion daripada RM35.48 bilion, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan menjadi RM27.81 bilion daripada RM32.15 bilion pagi ini.
Awal hari ini, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Program Murabahah Komoditi (CMP), dua tender Qard dan tiga tender repo berbalik.
Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai sehingga RM38.30 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.80 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
Pada 7 April 2023, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah 2.75 peratus.
-- BERNAMA
#Bank Negara Malaysia #wang konvensional #Program Murabahah Komoditi #perjanjian jual beli
;