Kabinet Jepun lulus pakej rangsangan baru

Astro Awani
Januari 11, 2013 18:28 MYT
Kabinet Jepun hari ini meluluskan pakej rangsangan baru melebihi ¥20 trilion (RM700 bilion) bagi mengelak negara itu dilanda kemelesetan ekonomi dan pada masa sama mewujudkan 600 ribu peluang pekerjaan.
Menurut Perdana Menterinya Shizo Abe, pengenalan pakej rangsangan itu diharap dapat menyumbang sekurang-kurangnya dua peratus kepada pertumbuhan sebenar ekonomi Jepun.
Abe dalam satu sidang media mengumumkan keputusan kerajaan itu turut menggesa Bank Pusat Jepun, (BOJ) supaya lebih menggalakkan pinjaman.
Beliau turut meminta BOJ supaya berkongsi sasaran inflasi dua peratus dengan kerajaan bagi.
Beliau memberitahu kerajaan terdahulu gagal melebarkan peluang perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan.
Abe yang pernah menjadi Perdana Menteri Jepun pada 2006-2007 turut sekali lagi berikrar bahawa memulihkan ekonomi negara matahari terbit itu ialah keutamaan beliau sekarang.
Beliau turut berjanji untuk membantu perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan besar antaranya sektor automotif.
Sejumlah ¥19 trilion (RM650 bilion) daripada pakej rangsangan itu akan diguna sehingga tahun 2015 bagi kerja-kerja baik pulih tepi pantai yang musnah akibat bencana berganda Mac tahun lalu.
#Kabinet Jepun #Pakej rangsangan baru jepun #Shizo Abe