K&N Kenanga jangka IPO kekal tinggi 2013

Bernama
Januari 2, 2013 14:38 MYT
K&N Kenanga Holdings Bhd menjangka tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia terus tinggi tahun ini kerana mudah tunai dalam negara kekal kukuh.
Pengarah Urusan kumpulannya, Chay Wai Leong, berkata antara IPO yang dijadualkan bagi 2013 ialah Tune Insurance Malaysia Bhd dan KLCC Property Holdings Bhd Stapled Real Estate Investment Trust.
"Juga dilaporkan dalam beberapa laporan media bahawa Malakoff Corp Bhd akan disenaraikan semula dan kita berpotensi melihat penyenaraian 1Malaysia Development Bhd dan Sarawak Energy Bhd," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Chay berkata meskipun sentimen kekal berhati-hati menjelang sebelum pilihan raya umum, saham dengan asas yang baik dan harga berpatutan akan terus mencatatkan prestasi baik.
Bagaimanapun, sentimen pelaburan dan dagangan akan pulih selepas pilihan raya, katanya.
#IPO #K&N Kenanga #Kenanga #KLCC #Tune Insurance
;