KUALA LUMPUR:Jumlah pampasan bagi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak boleh didedahkan kerana ia di bawah Perjanjian Dua Hala, dan kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura terikat dengan klausa kerahsiaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam laman Facebook beliau berkata jumlah pampasan masih belum dimuktamadkan.
"Pihak kita sedang menunggu butiran kos tersebut daripada Singapura, dan sebaik sahaja diterima, ia akan diteliti sebelum disahkan. Jenis-jenis tuntutan yang dibenarkan telahpun dipersetujui bersama.
"Bagaimanapun, saya dan pasukan akan berbincang dengan pihak Singapura untuk mendapat persetujuan bagi berkongsi maklumat mengenai jumlah pampasan tersebut setelah ia dimuktamadkan," katanya.
Ahli Parlimen Jeli itu berkata pampasan tersebut bukan bersifat punitif, tetapi untuk membayar semula kos tertentu projek yang telah dibelanjakan Singapura.
"Justeru itu, sebarang angka mengenai pampasan yang disebutkan oleh mana-mana pihak merupakan spekulasi semata-mata," jelasnya.
BACA: Projek HSR: Pampasan, KL-JB, kerugian? - Ini penjelasan Tok Pa
Mengenai spekulasi projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru menggantikan HSR, beliau berkata ia hanyalah spekulasi, dan kerajaan akan melaksanakan kajian terperinci untuk menentukan hala tuju seterusnya.
Beliau menjelaskan kerajaan telah mencadangkan struktur HSR baharu yang lebih kemas dan model itu digunakan secara meluas di seluruh dunia, antaranya di Eropah, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan, hasil daripada kajian semula keseluruhan projek tersebut.
"Cadangan struktur projek baharu itu juga mengelak kerajaan daripada memberikan jaminan berjumlah RM60 bilion selama 30 tahun.
"Selain daripada itu, kita juga telah mencadangkan beberapa perubahan lain termasuklah perubahan kepada jajaran dan reka bentuk stesen yang kesemuanya akan mengurangkan perbelanjaan kira-kira 30 peratus.
"Kesemua cadangan di atas dapat mengurangkan kos dan pada masa sama mengekalkan faedah projek," katanya.
BACA: Penamatan HSR: Kerajaan perlu laksana projek lain lonjak ekonomi Johor
BACA: Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 - Pemuda UMNO
Namun, Mustapa berkata kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat menerusi sidang video antara Perdana Menteri Malaysia dan Singapura pada 2 Dis 2020.
"Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam perbincangan dua hala sejak enam bulan lepas, ingin saya tegaskan bahawa kami telah melakukan yang terbaik demi menjaga kepentingan negara.
"Kerajaan akan terus mengadakan perbincangan untuk meningkatkan kesalinghubungan antara kedua-dua negara untuk manfaat bersama.
"Walaupun perjanjian dua hala ini telah luput, Malaysia dan Singapura akan terus bekerjasama rapat dalam mengukuhkan integrasi rentas sempadan bagi memastikan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi yang mampan di kedua-dua negara," katanya.
BACA: Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
Perjanjian Dua Hala yang ditandatangani dengan Singapura pada 13 Disember 2016 menekankan hasrat untuk menggalakkan integrasi ekonomi yang lebih rapat antara dua negara.
HSR dicadangkan pada 2010 sebagai antara inisiatif Program Transformasi Ekonomi, dan kemudiannya ditangguhkan pada Mei 2018 selepas pilihan raya umum ke-14 berikutan kajian semula terhadap beberapa komitmen pelaburan utama kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

HSR dicadangkan pada 2010 sebagai antara inisiatif Program Transformasi Ekonomi, dan kemudiannya ditangguhkan pada Mei 2018 berikutan kajian semula terhadap beberapa komitmen pelaburan utama kerajaan. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

Negeri Sembilan optimis HSR dapat dilaksanakan, tingkatkan pembangunan negeri - Aminuddin
Negeri Sembilan optimis projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Singapura akan dapat dilaksanakan meskipun ia belum dimuktamadkan setakat ini.

Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini.

Tanpa penglibatan kerajaan, HSR KL-Singapura sangat mencabar dilaksanakan - Maybank IB
Projek HSR KL-Singapura yang dianggar menelan belanja RM100 bilion adalah sangat mencabar untuk dilaksanakan tanpa penglibatan kerajaan.

Projek HSR tidak terjejas, walaupun firma Jepun tarik diri - Loke
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura tidak terjejas, walaupun firma Jepun menarik diri daripada terbabit.

HSR KL-Singapura: Firma Jepun tarik diri, China dan Eropah berpotensi jadi pembida berjaya - Laporan
Penarikan diri firma Jepun adalah kerana projek HSR itu mempunyai risiko tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.

HSR: Mahkamah Tinggi batal saman terhadap kerajaan, empat tokoh politik
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan dan empat tokoh politik untuk membatalkan saman yang difailkan seorang individu berhubung pembatalan projek HSR.

Negeri Sembilan sambut baik projek HSR KL-Singapura diteruskan - Aminuddin
Cadangan meneruskan pembinaan HSR KL-Singapura, merupakan usaha yang baik terutama dalam meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.