Jualan runcit dan sewa dijangka pulih perlahan-lahan : CGS-CIMB
Dagang News
Oktober 23, 2021 09:15 MYT
Oktober 23, 2021 09:15 MYT
KUALA LUMPUR: CGS-CIMB menurunkan harga pendapatan sesaham CapitaLand Malaysia Trust sebanyak 17.9% berikutan pendapatan sewa yang lebih rendah dan margin pendapatan bersih yang turun kepada 48% berbanding 49% sebelum ini.
Menurut penganalisisnya, Sharizan Rosely, bagaimanapun pihaknya mengekalkan unjuran bagi tahun kewangan 2022-2023 serta panggilan 'Kekal' untuk saham Capitaland disokong oleh pemulihan sektor peruncitan yang dijangka pada suku keempat tahun ini.
"Bagaimanapun, risiko penurunan masih ada dan pendapatan yang lemah menjadi antara faktor yang mengheret CapitaLand," katanya.
Beliau berkata, walaupun jualan runcit dan sewa dijangka melonjak pada suku terakhir tahun ini susulan pembukaan semula sektor ekonomi, pihaknya menjangkakan perolehan bagi tempoh 9 bulan pertama tahun ini di bawah lebih rendah daripada unjuran berikutan pelepasan harga sewa dijangka terus berlaku sehingga hujung tahun.
"Pengekalan penyewa tetap menjadi keutamaan pada suku keempat di tengah-tengah penurunan kadar penghunian di pusat membeli-belah sekitar Lembah Klang.
"Secara keseluruhan, pendapatan 9 bulan pertama tahun ini menurun 19% tahun ke tahun, sementara keuntungan bersih teras turun 49%, diseret oleh pendapatan faedah yang lebih rendah," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.