Jualan kenderaan susut 3 peratus pada November
Astro Awani
Disember 18, 2012 13:39 MYT
Disember 18, 2012 13:39 MYT
Jualan kenderaan bermotor pada November tiga peratus daripada Oktober kepada 53,365 unit disebabkan oleh kurangnya hari bekerja dalam bulan ini, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Bagaimanapun, berdasarkan tahun ke tahun, jualan kenderaan bermotor pada November meningkat 10 peratus atau 5,055 unit daripada 48,310 unit dalam bulan yang sama 2011, hasil sumbangan jualan sebanyak 46,392 unit kenderaan penumpang dan 6,973 unit kenderaan komersial, kata MAA.
Ia berkata pengeluaran bagi bulan ini bertambah kepada 46,968 unit daripada 35,355 unit dalam bulan yang sama tahun lepas dengan 42,934 unit kenderaan dikeluarkan berbanding 31,326 unit pada November tahun lepas.
Ia berkata sebanyak 4,034 unit kenderaan komersial dikeluarkan dalam bulan ini berbanding 4,029 unit dalam bulan yang sama tahun lepas.
Bagi tempoh tujuh bulan itu, katanya, jualan kenderaan bermotor meningkat 2.71 peratus kepada 567,170 daripada 552,159 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.