Jualan kenderaan Perodua naik 102% kepada 14,160 unit
Oktober 4, 2021 07:48 MYT
"Pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi Perodua adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan.
Bagaimanapun beliau berkata, bagi perbandingan suku ke suku, jumlah jualan merosot sebanyak 44.6% kepada 21,803 unit pada suku ketiga berbanding 39,381 unit pada suku kedua 2021.
Ujarnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 1 Jun lalu dan berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021 antara faktor utama penurunan jumlah jualan.
"Suku keempat 2021 memberikan unjuran yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90 peratus populasi dewasa Malaysia," katanya.
Dalam pada itu pihaknya turut memohon maaf di atas kelewatan penghantaran kenderaan pelanggan.
"Kami ingin mohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan kami akan membantu para pelanggan kami dengan sebaiknya untuk memastikan kenderaan Perodua mereka dihantar secepat mungkin," katanya.