Jobstreet: 41% majikan kurangkan pengambilan pekerja

Najib Aroff
April 22, 2015 14:18 MYT
Kajian dibuat Jobstreet diambil daripada 12 industri berbeza - Gambar Fail
Jobstreet.com mendedahkan kajian yang dilakukan firma itu menunjukkan 41 peratus majikan akan mengurangkan pengambilan pekerja baru pada separuh kedua tahun ini.
Ia secara langsung mengambarkan aliran pertumbuhan pekerjaan dijangka menurun bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 14 peratus majikan tidak mengambil pekerja baru untuk tempoh sama tahun lalu.
Unjuran pekerjaan bagi suku kedua 2015 telah dijalankan terhadap 930 kakitangan, pengurus dan pengurus kanan sumber manusia dari 12 industri berbeza.
Jobstreet dalam satu kenyataan mendedahkan kajian indeks keyakinan pekerja bagi April juga menunjukkan penurunan keyakinan dalam kalangan calon untuk memperoleh pekerjaan yang baik di negara ini.
#Jobstreet #majikan #Pekerja #pengangguran
;