Jiwa SME: 'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business

Amzar Alif
Julai 10, 2024 17:29 MYT
Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran (kiri) bersama Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail semasa gimik pelancaran Jelajah Jiwa SME 2024 yang berlangsung di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru. – Gambar Unifi Business
Seiring dengan perubahan gaya hidup digital masyarakat masa kini, penggunaan platform digital menjadi jalan terbaik dalam menjangkau khalayak masyarakat yang lebih luas bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka.
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 PMKS tempatan berhasrat membantu dalam mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital yang komprehensif.
Menurut Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, pihaknya menyediakan lebih 600 konsultan perniagaan bertauliah dan sokongan ekosistem perniagaan melalui Unifi Business Club.
“Bagi Unifi Business kita memberikan pakej yang komprehensif bukan hanya internet di premis malah kita juga ada pakej Unifi5G dengan harga yang amat berpatutan buat PMKS.
“Selain itu, kita menyediakan pelbagai penyelesaian digital seperti cloud storage, pemasaran digital, cyber security solutions kepada pelanggan-pelanggan kita.
“Kita juga menawarkan pakej Go Niaga untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini bagi meningkatkan lagi penggunaan digital dan memacu perniagaan mereka ke arah lebih baik dan efisien,” katanya selepas selesai sesi Pentas Niaga Jelajah Jiwa SME di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru.
Tambahnya, dengan sambutan memberangsangkan diterima daripada edisi Jelajah Jiwa SME yang lepas membuatkan beliau percaya pentas ini akan dapat memberi kesedaran kepada PMKS tempatan akan pentingnya pendigitalan dalam Perniagaan.
Beliau juga berharap agar PMKS tempatan dapat memanfaatkan segala peluang dan sumber yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta termasuk platform Jelajah Jiwa SME agar tidak terkebelakang ke arah usaha pendigitalan.
“Kita ingin menggunakan pentas ini untuk memberi kesedaran bagaimana perusahaan mikro kecil dan sederhana ini boleh menggunakan teknologi digital bagi memacu perniagaan mereka.
“Oleh itu kita menyeru para ushawan untuk menyertai kami di siri Jelajah Jiwa SME ini kerana kita akan berkongsi pelbagai tips yang berguna kepada para usahawan atau bakal usahwan berjaya,” ujarnya.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari media sosial rasmi Unifi Business atau laman web unifi.com.my/business
#unifi Business #PMKS #transformasi digital #Jiwa SME 2024 #Mohamad Yusman Ammeran
;