Jerman tingkatkan unjuran KDNK tahun ini

Astro Awani
April 28, 2021 10:52 MYT
Peter Altmaier menerangkan mengenai graf unjuran ekonomi Jerman pada satu sidang media di Berlin, Jerman, 27 April, 2021. REUTERS
JERMAN meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonominya dengan jangkaan pengurangan sekatan pergerakan yang akan dilakukan secara berperingkat.
Ini dijangka menyokong perbelanjaan dalam negara, menurut Menteri Ekonomi Peter Altmaier.
Katanya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara itu dijangka tumbuh 3.5 peratus pada 2021.
Ini adalah lebih tinggi daripada unjuran awal 3 peratus.
Pada 2022, ekonomi Jerman dijangka tumbuh 3.6 peratus.
Tambahnya, sokongan komprehensif dan pantas kerajaan kepada perniagaan membolehkan ekonomi terbesar Eropah itu kembali ke paras pra-pandemik tahun depan.
Tahun lepas, KDNK Jerman menguncup 4.9 peratus, menamatkan 10 tahun pertumbuhan yang dicatatkan.
Ia sedikit baik berbanding 19 ekonomi zon euro yang lain, disokong sektor pembuatan yang kurang terjejas berbanding sektor perkhidmatan, ketika pandemik COVID-19 ini.
Jerman sebelum ini meluluskan undang-undang sekatan pergerakan yang lebih bersasar di kawasan yang mencatatkan 100 kes baru untuk setiap 100,000 penduduk.
#Jerman #kerajaan #ekonomi #KDNK #pandemik #pertumbuhan #unjuran #Peter Altmaier #undang-undang #perbelanjaan
;