Jepun sedia sertai Perkongsian Trans Pasifik (TPP)
Astro Awani
Mac 15, 2013 07:20 MYT
Mac 15, 2013 07:20 MYT
Jepun menyatakan kesediannya untuk mengambil bahagian dalam rundingan perdagangan pelbagai hala Perkongsian Trans Pasifik (TPP).
Perdana Menteri Shinzo Abe ketika mengumumkan keputusan itu menyatakan keanggotaan Jepun dalam TPP akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik selain membantu merangsang semula ekonomi keseluruhannya.
Pengumuman keanggotaan Jepun itu mengundang reaksi negatif dari golongan petani.
Mereka bimbang penyertaan Jepun di dalam TPP akan menjejaskan industri pertanian negara itu kerana terpaksa bersaingan dengan pasaran luar.
Namun Abe berjanji menjaga kepentingan Jepun didalam TPP dan memastikan perkongsian itu akan memberi manfaat besar kepada petani dan sektor lain.
Sebagai ekonomi ketiga terbesar di dunia Jepun bakal menjadi rakan kongsi yang amat bernilai dalam perkembangan perjanjian berkualitiyang akan memacu pertumbuhan ekonomi di seluruh Asia Pasifik
Negara-negara anggota TPP terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat, Singapura dan Vietnam.