Jepun melihat TPPA akan membantu memulihkan ekonomi

Astro Awani
Julai 25, 2013 10:22 MYT
Jepun melihat penyertaan-nya dalam rundingan perjanjian transpasifik (TPPA) akan membantu pemulihan negara tersebut.
Kenyataan dikeluar perunding utama jepun yang tiba di Malaysia.
Perdana menteri Jepun sebelum ini membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPPA.
"Rundingan TPP perdagangan bebas yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Jepun, adalah bagi maksud untuk membantu pemulihan ekonomi Jepun,” menurut perunding utama Jepun, Koji Tsuruoka.
Namun, perdana menteri negara itu Shinzo Abe ingin Jepun mengenakan tarid ke atas produk pertanian yang diimport termasuk beras, gandum dan gula putih.
Ada yang melihat sebarang aktiviti perlindungan harus dihentikan.
“Setiap negara anggota perlu mempunyai sikap kerjasama, kerana jika anda mahu melindungi beberapa sektor, anda perlu meyakinkan orang lain mengapa untuk berbuat demikian. Sudah tentu, anda meyakinkan negara-negara anggota lain bahawa sektor benar-benar perlu dilindungi," kata Koji.
Rundingan TPPA kini berjalan di Kota Kinabalu dengan lebih 11 negara berbincang.
#Jepun #Shinzo Abe #TPPA
;