Jelajah UsahaWIRA Maxis Business bakal beri inspirasi untuk digitalisasi PKS
Dagang News
Ogos 10, 2022 10:00 MYT
Ogos 10, 2022 10:00 MYT
KUALA LUMPUR: Dengan memfokuskan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh Malaysia, Maxis Business telah melancarkan jelajah UsahaWIRA yang pertama di seluruh negara dengan sesi rangkaian dan kisah bersiri yang baharu untuk menghubungkan lebih banyak perniagaan dan pengusaha.
Jelajah ini bertujuan untuk mendidik PKS dalam menjalani digitalisasi dengan berjaya serta sedia untuk masa hadapan.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada program UsahaWIRA yang telah dilancarkan pada tahun 2021, untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi SME oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Ketua Segmen PKS Maxis, Kevin Lee berkata, perniagaan perlu faham kepentingan digitalisasi tidak memakan banyak kos, dan mereka tidak mampu ketinggalan.
"Program ini ialah peluang yang baik untuk PKS mendapat inspirasi dan mengambil pengajaran dari perjalan rakan-rakan usahawan mereka.
"Kami telahpun menolong lebih daripada 25,000 PKS melalui Geran Digitalisasi SME dan berharap dapat menggalakkan penyertaan yang lebih ramai supaya kami boleh membimbing mereka pada setiap langkah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebagai komitmen untuk memudahkan digitalisasi dengan lebih baik dan pantas untuk perniagaan, Maxis membawa sumbernya ke satu lokasi untuk jelajah UsahaWIRA di seluruh negara.
Pengunjung boleh mengetahui penyelesaian untuk pemasaran digital, jualan elektronik, pekerjaan dari jauh dan sebagainya di pameran oleh Maxis Business dan rakan kongsinya, iaitu AmBank, BSN, MDEC dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.
Pengunjung juga boleh mendapatkan konsultasi percuma untuk memeriksa sama ada mereka layak menuntut sehingga RM5,000 daripada Geran Digitalisasi SME.
Mereka boleh mendapatkan inspirasi melalui sesi meja bulat dengan pemilik perniagaan tempatan yang akan bercerita tentang perjalanan digitalisasi perniagaan mereka, mendapat akses kepada tawaran perniagaan yang ekslusif, dan berangkaian antara satu sama lain.
Selain itu, pengunjung berpeluang untuk memenangi peranti dan hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://business.maxis.com.my/en/campaign/smegrant/roadshow/. - DagangNews.com