Jelajah O2O anjur pelbagai aktiviti menarik, hadiah lumayan - Lazada

Ehsan A Marisah
April 22, 2022 16:13 MYT
Kombinasi membeli-belah secara bersemuka dan dalam talian, dengan pameran bergerak yang disusun khas untuk orang ramai. - Foto Lazada
KUALA LUMPUR: Lazada Malaysia menceriakan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini mengadakan siri jelajah offline-to-offline (O2O) ‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’ dengan menawarkan pameran bergerak serta pengalaman membeli-belah secara bersemuka dan dalam talian.
Ia termasuk menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan strim langsung termasuk baucar sehingga RM12,000 serta hadiah hampir RM25,000 untuk dimenangi orang ramai.
Lazada dalam satu kenyataan memaklumkan, jelajah berkenaan adalah inisiatif pihaknya membawakan gedung dalam talian, iaitu aplikasi Lazada secara lebih dekat kepada rakyat.
“Sepanjang kempen Ramadan dan Raya Lazada Malaysia yang bertemakan ‘Tambah ke Troli, Bertambah-Tambah ke Hati’, para pelanggan dapat mengimbas ribuan produk pada harga yang berbaloi di aplikasi Lazada.
“Manakala bagi ‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’ pula, mereka dapat lebih dekat dengan produk yang dipamerkan menerusi pilihan yang telah disusun khas termasuk pelbagai tawaran ‘mesti beli’ untuk Ramadan dan Raya,” katanya.
Dalam pada itu, tambah Lazada, orang ramai juga berpeluang merebut diskaun dan baucar promosi yang terdiri daripada pelbagai kategori di samping peluang touch and feel produk dipamerkan, mengimbas kod QR dan membuat pembelian serta pembayaran di aplikasi Lazada.
“Lazada juga akan menggandakan keceriaan bagi mereka yang hadir di lokasi-lokasi jelajah dengan peluang untuk memenangi hadiah hebat seperti Sony 50” Smart TV.
“Di samping itu, Lazada akan membawakan lintas langsung LazLive - siaran istimewa strim secara langsung selama satu jam yang boleh ditonton menerusi aplikasi Lazada, pada setiap tarikh jelajah. Mereka yang mengikuti siaran LazLive juga boleh menyertai Voucher Rain - permainan dalam talian yang membolehkan mereka mengumpulkan baucar hebat.
“Secara keseluruhan, menerusi pelbagai aktiviti di lokasi dan juga permainan dalam talian, Lazada menawarkan pelbagai baucar bernilai hampir RM12,000 untuk dimenangi,” ujarnya.
Katanya, siri jelajah tersebut akan dihoskan oleh DJ Ili Ruzanna di beberapa bazar Ramadan serta lokasi trak makanan sekitar Lembah Klang sepanjang dua minggu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh kunjugi semua laman media sosial rasmi Lazada atau layari laman web di sini.
#Lazada #jelajah Ramadan #online shopping #Aidilfitri
;