Jangan kiasu: Masalah syarikat-syarikat Malaysia pada era transformasi digital
Astro Awani
Disember 21, 2017 10:07 MYT
Disember 21, 2017 10:07 MYT
‘Among the countries across Asia Pacific, Malaysia is one of the few that had the least patience when it comes to digital initiatives.’
Pengarah Urusan IDC ASEAN (syarikat yang menggunakan analisis data untuk mentransformasikan syarikat), Sudev Bangah berkata demikian kepada AWANI REVIEW.
Bangah telah berkongsi beberapa masalah syarikat-syarikat Malaysia dalam era transformasi digital semasa pembentangan ketika Sidang Kemuncak Communication ASEAN (COMMA 2017).
Antara masalah paling kritikal yang perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi syarikat adalah tentang pulangan pelaburan jangka panjang, serta jangkaan risiko dan ganjaran.
COMMA 2017 ialah persidangan 2 hari yang dianjurkan oleh Astro AWANI, pada November lalu.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa jangkaan syarikat-syarikat Malaysia untuk mencapai keputusan baik dalam masa tempoh yang pendek adalah tidak realistik.
Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Show Me The Money - IDC ASEAN.
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih tentang masalah-masalah syarikat-syarikat Malaysia dan bagaimana untuk mengatasi era transformasi digital.
#AWANI Review
#COMMA 2017
#digital transformasi
#IDC ASEAN
#kejayaan
#Malaysia
#masalah
#Sudev Bangah
#syarikat