Jakel Capital kini pemegang saham terbesar Cypark menerusi tawaran saham persendirian

Bernama
Januari 4, 2023 14:28 MYT
Jakel Capital Sdn Bhd kini merupakan pemegang saham terbesar syarikat tenaga boleh diperbaharui Cypark Resources Bhd melalui tawaran saham persendirian. - Foto Cypark.com
KUALA LUMPUR: Jakel Capital Sdn Bhd kini merupakan pemegang saham terbesar syarikat tenaga boleh diperbaharui Cypark Resources Bhd melalui tawaran saham persendirian.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini Cypark berkata ia selesai menempatkan 176,648,892 saham baharu pada harga RM67.1 juta kepada Jakel.
Jakel kini merupakan pemegang saham tunggal terbesar dengan jumlah pegangan saham langsung dan tidak langsung sebanyak 27.33 peratus, katanya.
"Cypark memandang Jakel Capital sebagai pemegang saham Bumiputera strategik baharu yang akan membantu mengekalkan status Cypark sebagai syarikat senaraian awam yang dikawal Bumiputera dan akan menjadi pelabur jangka panjang Cypark.
"Dengan sokongan pelabur Bumiputera yang kukuh seperti Jakel Capital, Cypark menjangka untuk mengoptimumkan lagi kedudukan pasaran strategik kami, meningkatkan asas pemegang saham kami, serta mengembangkan dan mengukuhkan kehadiran perniagaan kami di peringkat tempatan dan serantau," kata Cypark.
-- BERNAMA
#Jakel Capital #pemegang saham terbesar #Cypark Resources #saham persendirian