JACTIM cadang Malaysia pertingkat pelaburan industri halal

Nabihah Hamid
September 12, 2013 14:28 MYT
Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (JACTIM), Masato Nakamura mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan untuk meningkat pelaburan dalam industri halal bagi menarik pelabur luar ke dalam Malaysia.
Katanya melalui pengiktirafan dunia terhadap sijil halal Malaysia, negara ini mampu menjadi pintu gerbang kepada pasaran halal industri.
Justeru penting untuk Malaysia mempertimbangkan dalam memperkasakan pelaburan terhadap perniagaan halal.
Sementara itu Nakamura turut mengulas mengenai pembangunan rangkaian transit aliran masa MRT yang sedang dilaksanakan di Malaysia.
Beliau menyifatkan pembangunan tersebut dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi malaysia sekaligus menarik minat pelaburan luar.
Pembangunan rangkaian keretapi katanya terbukti berjaya meningkat ekonomi di Jepun.
Nakamura berkata demikian pada sidang media sebelum majlis ulangtahun JACTIM yang ke 30.
Penubuhan JACTIM pada 1983 berperanan memperkasakan hubungan dagang dua hala antara Malaysia dan Jepun.
#Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia #JACTIM
;