Irwan Serigar bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah TH
Ibrahim Sani
Mei 31, 2018 12:09 MYT
Mei 31, 2018 12:09 MYT
Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, tidak lagi menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH).
Ini diumumkan oleh TH melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd Irwan menyandang jawatan tersebut sejak 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan.
Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah TH akan diisi oleh wakil Perbendaharaan yang baharu sebagai mana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995.
Isnin lalu, Mohd Irwan hilang statusnya selaku ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia. Beliau hilang jawatan tersebut sebaik sahaja beliau berhenti memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
#Bank Negara
#Irwan Serigar
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#Lembaga Pengarah
#Malaysia
#Tabung Haji