Iran meterai urus niaga minyak dengan syarikat Rusia

Agensi
Mac 14, 2018 06:45 MYT
Perjanjian ini merupakan urusniaga minyak kedua Iran dengan negara luar selepas sekatan antarabangsa ke atasnya dimansuhkan , - Foto AP
Syarikat minyak kebangsaan Iran, National Iranian Oil Company (NIOC) menandatangani perjanjian dengan Rusia bernilai AS$740 juta bagi membangunka dua lapangan minyak berhampiran sempadan Iraq.
Untuk itu, satu konsortium ditubuhkan disertai syarikat tenaga milik Rusia, Zarubezhneft Oil Co dan syarikat tenaga swasta Iran, Dana Energy Co.
Di bawah perjanjian itu yang ditandatangani pada Rabu, kira-kira 105 juta tong minyak dijangka dapat dihasilkan untuk tempoh lebih 10 tahun di lapangan minyak Aban dan Paidar Barat berhampiran barat daya sempadan Iraq.
Ini adalah perjanjian tenaga kedua dengan syarikat asing sejak sekatan antarabangsa ke atas Iran di bawah perjanjian nuklear dengan kuasa dunia di tarik balik.
Pada tahun lepas, Iran memeterai perjanjian bernilai AS$5 bilion dolar dengan konsortium diterajui firma Perancis Total SA yang turut disertai China untuk membekalkan 50.94 juta meter padu gas sehari ke grid kebangsaan Iran.
Iran memiliki rizab minyak keempat terbesar di dunia.
#Dana Energy Co #Iran #meterai #minyak #sekatan #urus niaga #Zarubezhneft Oil Co
;