Iran desak Arab Saudi mainkan peranan stabilkan harga minyak

Astro Awani
Januari 18, 2015 22:48 MYT
Kejatuhan berterusan harga minyak menjejaskan semua negara pengeluar minyak. - Gambar Fail
Iran mendesak pengeluar minyak terbesar Arab Saudi, memainkan peranan menstabilkan harga komoditi itu susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Langkah itu bertujuan melindungi ekonomi negara pengeluar.
Tehran sebelum ini menggunakan segala saluran diplomatik yang ada meminta Riyadh henti berdiam diri.
Desakan terbaru dinyatakan dalam mesyuarat peringkat tertinggi kedua-dua negara di sebalik mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC).
Dalam mesyuarat ini, semua negara pengeluar diminta mengadaptasi satu polisi khusus untuk manfaat bersama.
Iran mendakwa kejatuhan berterusan harga minyak mentah disebabkan secara sengaja atau tidak sengaja, menjejaskan semua negara pengeluar minyak.
Arab Saudi sebelum ini mempertahankan pendirian tidak akan mengurangkan pengeluaran minyak, walaupun harga komoditi itu merosot sejak enam bulan lalu.
#Arab Saudi #Dunia #harga #Iran #jatuh #minyak #pengeluar #Peranan #stabil
;