iPhone 5 dilancar di Malaysia (Video)

Astro Awani
Disember 13, 2012 11:55 MYT
Setelah hampir setahun menunggu, akhirnya peminat Apple dapat menikmati keluaran terbarunya iaitu, iPhone 5 yang bakal dilancarkan di Malaysia pada hari ini.
Selepas keluaran iPhone yang terakhir iaitu iPhone 4S, peminat iPhone boleh menikmati reka bentuk baru melalui iPhone 5 dimana ianya bakal menjadi sebuah telefon pintar paling nipis, ringan dan pantas yang pernah dikeluarkan oleh Apple.
Ianya ternyata lain dari yang lain dari siri keluaran iphone yang pernah dihasilkan. Perubahan paling ketara yang dapat dilihat adalah skrin yang lebih besar bersaiz 4-inci meskipun saiz badannya agak nipis.
Dengan hanya berukuran 7.6 milimeter tebal dan berat hanya 112 gram, iPhone 5 adalah siri iPhone yang paling ringan. Ianya adalah 18 peratus lebih nipis dan 20 peratus lebih ringan daripada iPhone 4S.
Malah, ia juga 9 milimeter lebih tinggi daripada iPhone 4S dan membuatkan pengguna senang untuk menaip walau menggunakkan sebelah tangan sahaja.
Selain itu kamera iPhone 5 yang dilengkapi kamera i-Sight 8 Mega Pixel berkeupayaan untuk merakam gambar panorama dan pastinya akan membuat peminatnya teruja unutk memilikinya.
Ciptaan terbaik Apple ini dibentuk daripada aluminium dan kaca dan ianya adalah reka bentuk paling canggih dan inovatif. Malah ianya turut dijana dengan cip pemprosesan A6, membolehkannya berfungsi dua kali ganda lebih pantas berbanding iPhone 4S.
Buat pertama kalinya iPhone 5 akan menggunakan perkhidmatan 4G Long Term Evolution (L-T-E).
Tanpa menjejaskan ketahanan bateri, kelajuan 4G ini dikatakan 10 kali ganda lebih berkuasa dari jaringan 3G.
iPhone 5 ini turut memperkenalkan headphone baru dan menggunakan system operasi iOS 6 yang serba baru.
Ekoran penjualan telefon pintar yang memberangsangkan di seluruh dunia, pasaran aksesori telefon juga dijangka akan melonjak lebig=h tinggi dengan unjuran mencecah 84.6 billion dolar menjelang tahun 2018.
Dengan lebih 400 juta peranti termasuk iPhone dan iPad yang dijual setakat Jun 2012, peranti apple ini dijangka akan terus mendapat permintaan global.
Majalah Times menamakan Apple iPhone 5 sebagai peranti nombor satu bagi tahun 2012.
#Apple #iPhone 5 #telefon pintar