'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan

Afiezy Azaman
Disember 2, 2024 13:26 MYT
Unifi Business berjaya membantu lebih daripada 400,000 PMKS dengan menyediakan penyelesaian perniagaan menyeluruh dan platform sokongan premium di seluruh Negara. - Foto Unifi Business
KUALA LUMPUR: Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran selain mengekalkan momentum pertumbuhan.

Ringkasan AI
  • Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran selain mengekalkan momentum pertumbuhan.
  • Melalui kesedaran bahawa pendigitalan merupakan aspek yang penting dalam pembangunan PMKS, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran berkata, pihaknya mahu membantu PMKS meneroka peluang pasaran yang lebih luas.
  • Katanya, kekurangan adaptasi teknologi menyebabkan PMKS sukar mencapai pertumbuhan yang pantas dan menyertai aktiviti bernilai tambah yang bermutu tinggi.

Atas sebab itu, dua usahawan tempatan mengorak langkah untuk melakukan perubahan dan mengadaptasi pendigitalan dalam usaha memastikan perniagaan mereka dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Menceritakan perjalanan perniagaannya, Pengasas Hedy’s International Sdn Bhd, Nor Hedayah Kaulan berkata, sebelum melakukan transformasi pendigitalan dia mendapati jualan produk kuih tradisionalnya semakin berkurang pasca pandemik.
"Sebelum pendigitalan, saya menghabiskan banyak wang untuk mempromosikan produk melalui pelbagai platform iklan sehingga mencecah ribuan ringgit namun ia tidak membuahkan hasil sehingga saya dah penat dan kecewa untuk menghadapi jualan yang semakin berkurang.
"Bagaimanapun, penghujung tahun 2023 saya mula menerokai pendigitalan melalui Unifi Business dan selepas itu baru ada jualan dan momentum perniagaan mula bergerak melalui gabungan semua platform yang ada terutamanya media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram.
"Saya dapat belajar membuat kandungan, kemahiran menggunakan setiap platform media sosial untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk menarik pelanggan membeli produk saya," katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Sementara itu, Pengasas Sumatraa Industries Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani berkata, persaingan yang kuat pasca pandemik menjadi antara cabaran dihadapinya untuk mengekalkan momentum perniagaan.
"Saya mula berniaga di rumah dan selepas berkembang saya membuka premis dan melanggan Unifi untuk mendapatkan internet. Saya memilih Unifi kerana saya mendapati perkhidmatannya ada di mana-mana dan saya memerlukan internet yang pantas.
"Jika internet tidak laju, usahawan tidak maju. Jadi Unifi Business kenalkan saya dengan 'Unifi Cloud Storage' di mana semua gambar dan video yang merupakan aset kepada syarikat boleh dimuat naik dan disimpan serta kita boleh akses tidak kira dimana kita berada.
"Saya mengambil pakej hampir RM150 sebulan dimana harga berkenaan sangat rendah kerana saya boleh dapat 'cloud storage' dan Internet sekali gus. Selepas membuat perbandingan dengan penyedia perkhidmatan internet dan cloud storage yang lain, saya mendapat Unifi Business yang paling murah dan berbaloi," ujarnya.
Melalui kesedaran bahawa pendigitalan merupakan aspek yang penting dalam pembangunan PMKS, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran berkata, pihaknya mahu membantu PMKS meneroka peluang pasaran yang lebih luas.
Katanya, kekurangan adaptasi teknologi menyebabkan PMKS sukar mencapai pertumbuhan yang pantas dan menyertai aktiviti bernilai tambah yang bermutu tinggi.
"Kami mendapati usahawan memerlukan dua perkara melalui perkhidmatan pendigitalan iaitu mudah dan mampu milik kerana mereka sentiasa mahu meningkatkan jualan dan apabila dua elemen ini digabungkan mereka boleh melakukan pemasaran secara dalam talian.
"Unifi Business membuat beberapa pakej mantap yang mampu milik kepada usahawan yang membolehkan mereka mendapat perkhidmatan pendigitalan yang berbaloi dengan harga yang dibayar," ujarnya.
Mohamad Yusman berkata, pihaknya telah berjaya membantu lebih daripada 400,000 PMKS seperti Mohammad Syaifullah dan Nor Hedayah dengan menyediakan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh dan platform sokongan premium di seluruh Negara.
"Antaranya, ketersambungan internet sehingga 2GB serta teknologi 5G dengan UNI5G, penyelesaian digital yang lengkap dengan khidmat nasihat profesional seperti hab e-dagang, storan awan, keselamatan siber dan yang paling popular digital marketing solution ataupun Penyelesaian Pemasaran dan pendigitalan perniagaan lebih mudah dan pantas dengan Unifi Business dengan adanya Geran Digital PMKS Madani di mana usahawan yang layak akan mendapat bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan sebanyak 50 peratus ataupun RM5,000.
"Usaha lain juga termasuk sokongan premium dengan pasukan tempatan yang bertauliah di seluruh pelusuk Negara dan Komuniti perniagaan melalui Unifi Business Club (UBC) iaitu satu resource hub dengan sokongan ekosistem terbesar yang turut mengadakan bengkel-bengkel pendigitalan perniagaan secara percuma.
"Unifi Business juga mempunyai 'DO-IT-FOR-YOU' iaitu Kempen Penyelesaian Pemasaran Digital dimana anda ada Pengurus Akaun Khas yang bertanggungjawab membuat strategi sasaran pasaran, kandungan (grafik dan penulisan kreatif) dan laporan prestasi dengan konsep buat dulu bayar kemudian serendah RM50 sebulan," katanya.
Mohamad Yusman berharap PMKS dapat mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan dan boleh hadir ke Program Eksklusif Device Fiesta Terpaling ONZ sepanjang November ini di Unifi Store IOI City Mall, Putrajaya (9 Nov - 10 Nov 2024), GM Klang, Selangor (16 Nov - 17 Nov 2024) dan Johor Bharu (23 Nov - 24 Nov 2024).
"Device Fiesta ini adalah promosi hebat yang terhad melalui pelbagai pakej seperti Unifi Biz Broadband, Biz Mantap serendah RM9.90, Business Broadband atau UNI5G dengan DMS dan Geran Digital PMKS Madani sehingga RM5,000 atau 50 peratus potongan harga langganan.
"Kesemua pakej ini adalah terhad dan berakhir pada Disember 2024," jelasnya.
#unifi Business #PMKS #digital #ekonomi
;