Ini lima kaunter jadi tumpuan di Bursa Malaysia
Najib Aroff
Ogos 18, 2022 10:50 MYT
Ogos 18, 2022 10:50 MYT
Kuala Lumpur: Bursa Malaysia memulakan urus niaga pagi ini agak rendah tetapi mula meningkat selepas itu apabila minat belian baharu muncul untuk mendapatkan saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi Khamis, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,520.72 daripada 1,518.16 pada penutup Rabu.
Ini lima tumpuan kaunter pagi ini menurut CGS-CIMB:
1. Kuala Lumpur Kepong (Saranan: Tambah, Harga Sasaran: RM24.86)
Harga minyak sawit mentah yang rendah dijangka jejaskan pendapatan suku ke empat tahun kewangan 2022.
Untung bersih asas kumpulan untuk 9 bulan pertama tahun kewangan 2022 selari pada 74 peratus dengan unjuran CGS-CIMB bagi tahun penuh. Firma itu menjangkakan untung bersih asas suku keempat tahun kewangan 2022 susut 5 peratus susulan harga MSM yang rendah.
2. Sime Darby Bhd (Saranan: Pegang, Harga sasaran: RM2.40)
Prospek pertumbuhan bercampur bagi unjuran tahun kewangan berakhir Jun 2023 (FY6/23F)
Untung bersih asas tahun kewangan berakhir Jun 2022 (FY6/22) meningkat lebih 4 peratus, 6 peratus lebih tinggi daripada consensus CGS-CIMB susulan pemulihan margin bahagian industri yang lebih baik pada suku keempat tahun kewangan berakhir Jun 2022.
Sime Darby Berhad mengumumkan Dividen Sesaham interim kedua pada 7.5 sen menjadikan dividen sesaham keseluruhan 2022 kepada 11.5 sen, melepasi sasaran 10.1 sen.
3. AMMB Holdings (Saranan: Tambah, Harga sasaran: RM4.28)
Untung bersih AMMB bagi suku pertama tahun kewangan berakhir Mac 2023 masih dalam unjuran CGS-CIMB. Firm aitu menjangkan untung bersih suku kedua tahun kewangan 2023 hampir sama dengan prestasi suku pertama memandangkan pertumbuhan dalam pendapatan faedah bersih akan diimbangi oleh peruntukan kerugian pinjaman yang lebih tinggi
4. HSS Engineers (Saranan: Tambah, Harga sasaran: RM0.85)
Pemulihan margin yang kukuh pada suku kedua tahun kewangan 2022. Bagi separuh pertama tahun kewangan 2022, prestasi kewangan selari dengan unjuran, untung bersih aas meningkat 82 peratus tahun ke tahun disumbang bil pengurusan projek dan EBITDA tinggi.
5. Berjaya Food Berhad (Saranan: Pegang, Harga sasaran: RM4.55)
Suku keempat tahun kewangan 2022 merekodkan prestasi memberangsangkan. Untung bersih Bfood bagi tahun kewangan berakhir Jun 2022 berada pada RM126.3 juta, peningkatan 137 peratus, melepasi jangkaan CGS-CIMB susulan jualan yang lebih kukuh pada suku keempat.