Inflasi di zon Eropah dijangka kekal lebih tinggi - Lagarde
Bernama
Julai 22, 2022 12:02 MYT
Julai 22, 2022 12:02 MYT
MOSCOW: Bank Pusat Eropah (ECB) percaya bahawa inflasi di zon Eropah dijangka kekal "lebih tinggi" untuk beberapa waktu berikutan peningkatan harga makanan dan tenaga terus melambung, kata Presiden ECB Christine Lagarde pada Khamis.
"Kami menjangkakan inflasi kekal lebih tinggi untuk beberapa waktu berikutan tekanan berterusan ekoran tekanan daripada harga tenaga dan makanan serta masalah saluran paip dalam rantaian harga," kata Lagarde pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tadbir Urus ECB di Frankfurt.
Sejak beberapa bulan lalu, Kesatuan Eropah menghadapi kepantasan inflasi akibat sekatan yang dikenakan Barat ke atas Rusia berhubung operasi ketenteraan khasnya di Ukraine.
Ramai orang Eropah melihat inflasi sebagai masalah utama bagi blok itu, memandangkan peningkatan harga makanan dan tenaga di seluruh dunia serta kesannya terhadap perbelanjaan pengguna.
-- BERNAMA