KUALA LUMPUR: Industri acara perniagaan (BE) yang menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara perlu mempertingkatkan kerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi membuka lebih banyak peluang perniagaan.
Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim memaklumkan, industri itu telah mewujudkan pekerjaan, pengetahuan dan pembinaan kapasiti dan pelaburan.
“Industri acara perniagaan secara langsung menjana lebih banyak keluaran (jualan perniagaan) daripada banyak sektor global yang besar.
“Syarikat penerbangan, hotel, restoran, peruncit, pengusaha perniagaan besar dan kecil, pengangkutan seperti teksi dan e-hailing semuanya akan mendapat manfaat daripada acara perniagaan.
“Kita perlu mempertingkatkan dialog antara sektor awam dan swasta dan memulakan kerjasama sektor swasta-awam untuk menyerlahkan bahawa kita adalah destinasi pilihan.
“Dan selaras dengan Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021-2030 dan kempen 'Bertemu di Malaysia' anjuran MyCEB, saya berharap inisiatif BE dapat ditekankan lagi dalam lebih banyak dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
BACA: Industri Acara Perniagaan berpotensi promosikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau
BACA: Industri acara perniagaan perlu manfaat teknologi digital - Irmohizam
Terdahulu, Irmohizam menjadi salah seorang panel bagi acara Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) yang membawa tema 'Post Pandemic Outlook on the Business Events Industry’ di WTCKL pada Selasa.
Tambah beliau, kerjasama yang dilakukan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) misalnya membuka ruang kepada generasi muda untuk mengembangkan dan mengasah pengalaman mereka dalam industri BE secara lebih mendalam.
Justeru itu, beliau menyeru adalah penting untuk industri itu agar sentiasa berkembang, dan bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan modal insan, tetapi juga beri fokus kepada teknologi dan komunikasi terkini.
“Salah satu inisiatif yang diterajui oleh MyCEB ialah ‘Data Besar untuk Acara Perniagaan’.
“Inisiatif ini menyediakan akses kepada data dan maklumat masa nyata yang akan memastikan produktiviti yang lebih baik dan memastikan nilai industri BE,” tambahnya lagi.
Sebagai rekod, acara perniagaan memainkan peranan penting dalam ekonomi global termasuk Malaysia. Pada 2019, sebelum penularan wabak itu, segmen acara perniagaan sahaja menyumbang 12.29 peratus atau AS$1.149 trilion kepada pasaran pelancongan global.
Malaysia sebaliknya, pada 2019, menerima 26.1 juta pelawat, dimana 2.2 peratus daripada pelawat ini, atau 574,200 orang, datang untuk tujuan perniagaan dan profesional.
Astro Awani
Tue Aug 30 2022
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim memaklumkan, industri acara perniagaan telah mewujudkan pekerjaan, pengetahuan dan pembinaan kapasiti dan pelaburan. - WTCKL
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
MyCEB rai peranan rakan media dalam kemajuan industri acara perniagaan
Majlis makan petang 'Sesi Suai Mesra MyCEB Bersama Media: Sejuta Hubungan, Satu Cerita' dihadiri oleh 60 orang wakil kehormat daripada media terkemuka.
MyCEB semarakkan industri acara perniagaan serantau dengan lawatan rasmi ke Indonesia
Usaha ini digerakkan sebagai susulan daripada Memorandum Kerjasama antara MyCEB, MACEOS dan IECA-ASPERAPI.
Industri acara perniagaan perlu manfaat teknologi digital - Irmohizam
Irmohizam berkata, aktiviti sosial bukan satu-satunya cara untuk pemain industri mengekalkan kelangsungan hidup.
Pemulihan industri acara perniagaan kunci untuk bantu ekonomi negara - Irmohizam
Malaysia kini sedang menuju ke arah imuniti kelompok dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dikenakan.
WTCKL sedia jadi projek perintis pembukaan semula industri acara perniagaan
Industri tersebut kini semakin tenat malah kerugian dianggarkan melebihi RM4.05 bilion sejak tahun lalu.