Indeks kos binaan meningkat hingga 1.3% pada November

Dagang News
Disember 10, 2021 09:20 MYT
Indeks Kos Bahan Binaan (BCI) tanpa bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.3% pada November 2021 berbanding bulan sebelumnya. -FreeImages.com
KUALA LUMPUR: Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) tanpa bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.3% pada November 2021 berbanding bulan sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, IKB di semua kawasan di Sabah meningkat di antara 0.1 dan 1.7% bagi semua kategori bangunan kecuali Cerucuk Kayu dan Cerucuk konkrit bertetulang (KT) tidak menunjukkan perubahan.
"IKB di Sarawak menunjukkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.8% pada bulan tersebut kecuali bagi Bangunan (KT) Satu Tingkat dan Cerucuk (KT) di Sibu merekodkan tiada perubahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
IKB termasuk bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat di antara 0.1 hingga 1.7% bagi hampir semua kategori bangunan pada November 2021 berbanding bulan sebelumnya.
Sementara itu, IKB di Sabah dan Sarawak meningkat di antara 0.1 dan 2.1% bagi hampir semua kategori bangunan.
*Berita asal di DagangNews.com
#kos binaan #Jabatan Perangkaan Malaysia #Cerucuk Kayu #Cerucuk konkrit bertetulang