iMoney, RHB dan RAMCI beri khidmat percuma semak skor kredit

Ibrahim Sani
Ogos 23, 2018 07:50 MYT
Pegawai-pegawai pada pelancaran produk ini; Dari kiri: CEO of RAMCI Dawn Lai, Pemangku Ketua Perbankan Runcit Nazri Othman, Pengarah Eksekutif iMoney Lee Ching Wei, Ketua Pengedaran Runcit RHB Alex Lim Eng Kang - Foto RHB
Rakyat Malaysia kini boleh menyemak skor kredit mereka secara percuma di atas talian.
Khidmat ini dikendalikan secara bersama oleh iMoney, dengan kerjasama RAMCI dan RHB Bank Berhad.
Pelanggan juga boleh memahami kedudukan kesihatan kewangan mereka dengan menggunakan perkhidmatan ini.
iMoney adalah sebuah platform fintech. Mereka telah memperkenalkan platform aplikasi pinjaman digital yang dilengkapi dengan iMoney CreditScore. Pengguna boleh menggunakan secara percuma untuk memeriksa skor kredit mereka dan memahami kesihatan kewangan mereka.
Platform aplikasi pinjaman digital, menawarkan RHB Easy - Pinjaman Express dengan ciri Kelulusan Bersyarat yang membolehkan pelanggan memohon pembiayaan peribadi secara dalam talian melalui laman web iMoney.
Pelanggan akan dapat mendapatkan keputusan permohonan pada hari berikutnya melalui SMS.
#Bank Negara #BNM #fintech #iMoney #loan #personal loan #pinjaman #pinjaman peribadi #ramci #RHB
;