IMF ramal ekonomi Malaysia tumbuh 6.5 peratus tahun ini
Ahmad Khairol Shafizan Johari
April 6, 2021 22:28 MYT
April 6, 2021 22:28 MYT
KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar 6.5 peratus tahun ini dan 6.0 peratus tahun hadapan.
Sementara itu, kadar pengangguran tahun ini pula dijangka mencecah 3.8 peratus dan tahun hadapan (3.6 peratus).
Jangkaan berkenaan dinyatakan IMF menerusi laporan Unjuran Ekonomi Dunia yang diterbitkan pada Selasa.
Laporan itu juga menyatakan ekonomi dunia diramal pulih dengan lebih kukuh pada tahun 2021 didorong pelaksanaan program vaksinasi.
Bagaimanapun sasaran ini bergantung kepada tahap pelaksanaan program vaksinasi berkenaan di setiap negara.
Pertubuhan itu mensasarkan ekonomi dunia bakal tumbuh pada kadar enam peratus tahun ini, berbanding hanya 5.5 peratus yang diramal pada Januari.
Sementara pertumbuhan dunia pula dijangka berkembang pada 4.4 peratus tahun hadapan, berbanding sasaran 4.2 peratus sebelum ini.
Ketua Ekonomi IMF Gita Gopinath dalam yang diterbitkan pada Selasa berkata, walaupun pandemik ini masih menyebabkan ketidaktentuan yang tinggi, jalan penyelesaian terhadap krisis ini semakin kelihatan.
#IMF
#Malaysia
#pertumbuhan ekonomi
#ekonomi malaysia
#6 5 peratus
#kadar pengangguran
#Unjuran Ekonomi Dunia
#Gita Gopinath