IMF beri amaran kepada EU dan AS

Astro Awani
Januari 7, 2013 10:27 MYT
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan amaran bahawa negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat perlu memperbaiki keadaan ekonomi masing-masing atau dunia akan berdepan ancaman kemelesetan baru.
Dalam reaksi pertamanya selepas Kongres Amerika mencapai kompromi berhubung tebing fiskal, Christine Lagarde menegaskan, ekonomi kedua-dua rantau berkenaan perlu mempamerkan prestasi memberangsangkan.
Lagarde menyatakan sekiranya Kesatuan Eropah dan Amerika, yang merupakan antara ekonomi termaju dunia jatuh ke dalam kemelesetan, kesan rantaiannya akan dirasai di seluruh dunia dengan ketara.
Ini kerana jelasnya mereka mempunyai hubungan dagang yang luas dan besar dengan banyak negara dunia membabitkan perdagangan, kewangan dan pelaburan langsung asing.
#CHRISTINE LAGARDE #IMF #Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa
;