IKEA naikkan harga barang
Dagang News
Januari 1, 2022 10:53 MYT
Januari 1, 2022 10:53 MYT
MOSCOW: Gergasi barangan kelengkapan rumah, IKEA membuat keputusan untuk menaikkan harga barangannya sehingga kira-kira sembilan peratus di seluruh dunia.
Ia berikutan kesukaran yang dihadapi dari segi komoditi dan rantaian bekalan, demikian menurut pemiliknya, INGKA Holding.
"Harga akan meningkat di semua pasaran Ingka Group, mencerminkan perubahan keadaan ekonomi yang menjejaskan semua industri.
"Purata peningkatan di Ingka Group adalah kira-kira sembilan peratus di seluruh dunia, dengan variasi merangkumi negara dan liputan Ingka Group, mencerminkan tekanan inflasi di peringkat domestik, termasuk isu berkaitan komoditi dan rantaian bekalan," kata INGKA dipetik sebagai berkata oleh Sputnik.
Menurut kenyataan akhbar itu, IKEA kebelakangan ini berdepan gangguan bahan mentah dan pengangkutan yang menyebabkan kenaikan kos, teruatama disebabkan oleh pandemik COVID-19.
"Malangnya, kini, buat pertama kali sejak kos lebih tinggi mula memberi kesan kepada ekonomi global, kami terpaksa memindahkan sebahahian kenaikan kos kepada pelanggan," kata Pengurus Operasi Runcit di IKEA Retail, Tolga Oncu, dalam satu kenyataan, lapor Bernama.
Pengurusan syarikat itu percaya kenaikan harga akan membantu melindungi daya saing dan daya tahan IKEA.
Pada masa sama, eksekutif IKEA merancang untuk mengekalkan tahap mampu milik barangan yang dijual, dengan mengekalkan harga serendah yang mungkin.
IKEA diasaskan di Sweden pada 1943.
Syarikat itu menjual perabot yang dipasang sendiri, barangan dapur dan pelbagai perkakas rumah.
IKEA adalah peruncit perabot terbesar dunia sejak 2008.
Artikel asal di DagangNews.com