IHP Februari Turun 2.7% kepada 126.1

Bernama
Mac 30, 2013 16:56 MYT
Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia bagi Februari turun 2.7 peratus kepada 126.1 berbanding 129.6 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan Jumaat.
Berasaskan bulan ke bulan, IHP domestik meningkat 1.2 peratus berbanding 124.6 pada Januari 2013, berikutan peningkatan IHP bagi pengeluaran tempatan sebanyak 1.7 peratus walau pun Indeks Harga Import turun 0.1 peratus.
"Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan bahawa IHP bagi pengeluaran tempatan turun 3.5 peratus dan Indeks Harga Import turun 0.8 peratus."
"Indeks pertanian turun 15.5 peratus diikuti oleh perlombongan (turun 3.8 peratus) dan pengeluaran (turun 2.2 peratus).
"Berbeza pula, indeks perikanan dan elektrik, gas dan bekalan air masing-masing melonjak 10.2 peratus dan 0.3 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
IHP pengeluaran tempatan meningkat 1.7 peratus pada Februari berbanding bulan sebelum itu, yang kebanyakannya berikutan perubahan positif di dalam indeks bagi empat kategori, iaitu perlombongan, yang meningkat 5.6 peratus, pertanian (meningkat 3.4 peratus), perikanan (meningkat 2.9 peratus), pengeluaran (naik 0.8 peratus) dan elektrik, gas dan bekalan air, yang meningkat 0.2 peratus.
Bagi Indeks Harga Import, Februari turun 0.8 peratus kepada 112.8 berbanding 113.7 setahun lepas.
Peningkatan harga memberi kesan kepada enam seksyen komoditi -- haiwan dan minyak sayur-sayuran dan lelemak (turun 14.7 peratus); minyak galian, pelincir dan lain-lain (turun 4.5 peratus); pelbagai transaksi dan komoditi (turun 1.4 peratus); bahan mentah, tidak boleh makan (turun 1.3 peratus), jentera dan peralatan pengangkutan (turun 0.5 peratus) dan minuman dan tembakau (turun 0.1 peratus).
Berasaskan bulan ke bulan, Indeks Harga Import turun 0.1 peratus berbanding 112.9 pada Januari.
Perubahan negatif pada indeks disumbangkan oleh harga yang lebih murah barangan yang dilakukan oleh para pengimport bagi lima daripada 10 seksyen komoditi.
#IHP #Indeks Harga Pengeluar #Jabatan Perangkaan #Malaysia
;