ICBC umum perkhidmatan penyelesaian RMB

Agensi
April 3, 2013 18:25 MYT
Bank perindustrian dan komersial China (ICBC) mengumumkan perkhidmatan penyelesaian Renminbi (RMB) di Singapura.
Perkhidmatan berkenaan akan turut disertai dengan penubuhan hab termasuk perbankan peribadi, komoditi dan struktur serta pengurusan tunai.
Menurut bank tersebut, hab berkenaan akan memfokuskan kepada perniagaan berkenaan RMB dan menawarkan produk Reminbi merentas sempadan.
Singapura adalah pusat kewangan serantau pertama di luar China dengan kemudahan penyelesaian RMB.
Menurut pengarah urusan pihak berkuasa kewangan Singapura, Ravi Menon aktiviti luar pesisir RMB di Singapura akan disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dagangan antara rantau dan China.
Menurut Ravi lagi, Singapura dan China mempunyai dagangan bernilai 80 billion dollar, China Asean 400 billion dollar.
Menurut ICBC dagangan rentas sempadan bank berkeaan mencecah 1.53 trilion yuan pada 2012.
Ini adalah peningkatan 70 peratus daripada tahun sebelumnya.
Sektor pembuatan dan perkhidmatan Singapura juga berdepan dengan masalah kekurangan pekerja.
Ini susulan tindakan kerajaan negara berkenaan mengurangkan kebergantungan pekerja asing.
Menurut pengusaha perniagaan, kesukaran kini adalah untuk mendapatkan pekerja tempatan.
Menurut presiden persatuan restoran Singapura, kesemua ahlinya ketika ini berdepan masalah yang sama.
Sejak tiga tahun lepas kerajaan Ssingapura mengumumkan polisi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Ini termasuk meningkatkan levi untuk mendapatkan pekerja asing.
Kerajaan Singapura menegaskan ia tidak akan melakukan perubahan kepada polisi berkenaan dan mengarahkan perniagaan untuk menyesuaikan diri kepada polisi berkenaan.
#ICBC #Ravi Menon #RMB #yuan
;