Huobi dimasukkan dalam senarai amaran pelabur Suruhanjaya Sekuriti

Nailah Huda
Ogos 22, 2022 13:39 MYT
Platform mata wang kripto, Huobi Global menjadi entiti terbaharu dimasukkan dalam senarai amaran pelabur Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.
KUALA LUMPUR: Platform mata wang kripto, Huobi Global menjadi entiti terbaharu dimasukkan dalam senarai amaran pelabur Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.
Menurut SC melalui Twitter, Huobi Global tersenarai kerana mengoperasikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa berdaftar dengan SC.
“Di Malaysia, mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pasaran modal memerlukan kelulusan SC, meskipun sudah diluluskan di negara-negara lain.
“Pelabur disarankan supaya tidak melabur dalam mana-mana entiti yang tidak berlesen atau berdaftar,” menurut SC.
Tambah suruhanjaya itu, aktiviti-aktiviti terlarang memberi risiko kepada pelabur kerana penguatkuasaan SC ke atas aktiviti tersebut adalah terhad, terutamanya jika berlaku kerugian wang atau pertikaian.

Huobi Global [https://t.co/la9Y3ntGuq] has been added to the SCs Investor Alert List for operating a digital asset exchange (DAX) in Malaysia without being registered with the SC. pic.twitter.com/z3IGgnCa0t

— SC Malaysia (@SecComMY) August 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, SC difahamkan telah mendaftarkan empat DAX dengan lebih 800,000 akaun telah dibuka.
Menurut laman web SC, beberapa DAX lain turut pernah dimasukkan dalam senarai amaran pelabur sebelum ini seperti KuCoin, Tuhoop dan Bybit.
#suruhanjaya sekuriti #Huobi #kripto #senarai amaran pelabur