HSBC raih anugerah Bank Terbaik kewangan mampan Asia

Bernama
Julai 24, 2018 05:05 MYT
Anugerah membuktikan HSBC di barisan hadapan dalam transisi kewangan kepada ekonomi karbon rendah. - Gambar hiasan
HSBC dipilih sebagai Bank Terbaik Asia bagi Kewangan Mampan pada Anugerah Kecemerlangan Euromoney 2018 di Hong Kong, baru-baru ini.
Ketua Eksekutif HSBC Greater China, Helen Wong, berkata antara perjanjian penting yang menyumbang kepada kejayaan memenangi anugerah julung kali itu ialah bon iklim pertama Jalur dan Jalan, perjanjian tiga bahagian daripada Industrial and Commercial Bank of China dan bon Matlamat Pembangunan Mampan US$1 billion (US$1=RM4.06), selain sukuk hijau pertama negara, US$1.25 bilion, dari Indonesia.
"Kami bangga diiktiraf sebagai Bank Terbaik Kewangan Mampan Asia yang membuktikan HSBC di barisan hadapan dalam transisi kewangan kepada ekonomi karbon rendah, keutamaan strategik yang akan memacu pertumbuhan serantau," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#Anugerah Kecemerlangan Euromoney #Asia #bank #bon iklim pertama #China #Helen Wong #Hong Kong #HSBC #Jalur dan Jalan #kewangan mampan #terbaik