HSBC beli Silicon Valley Bank pada harga 1 pound

Astro Awani
Mac 13, 2023 17:12 MYT
Memetik Reuters, transaksi pemerolehan SVB United Kingdom oleh HSBC Britain dimuktamadkan pada nilai GBP1 (sekitar RM5) sahaja. - Gambar fail
LONDON: Bank HSBC Britain telah memuktamadkan pemerolehan Silicon Valley Bank (SVB) United Kingdom. Kerajaan telah memudahcara urusan tersebut yang diputuskan dalam masa yang singkat untuk melindungi deposit pelanggan bank terbabit.
Menteri Kewangan United Kingdom, Jeremy Hunt, mengesahkan pemerolehan ini menerusi kenyataan di laman Twitter rasminya pada Isnin, Hunt berkata tindakan itu telah dilakukan tanpa melibatkan wang cukai rakyat.
"Bank HSBC Britain telah membeli SVB di United Kingdom bagi menjamin deposit pelanggan bernilai GBP6.7 billion (USD8.1 bilion).
"Perbendaharaan dan Bank of England telah bekerja sepanjang hujung minggu ini untuk mencari pembeli bagi mengambil alih anak syarikat bank yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan ditutup minggu lalu." katanya ketika ditemui media.

This morning, the Government and the Bank of England facilitated a private sale of Silicon Valley Bank UK to HSBC Deposits will be protected, with no taxpayer support I said yesterday that we would look after our tech sector, and we have worked urgently to deliver that promise

— Jeremy Hunt (@Jeremy_Hunt) March 13, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan Reuters, transaksi pemerolehan SVB United Kingdom oleh HSBC Britain dimuktamadkan pada nilai GBP1 (sekitar RM5) sahaja.
Keputusan kerajaan untuk membenarkan pembelian SVB juga telah membatalkan keputusan asal Bank of England untuk memasukkan entiti korporat berkenaan dalam senarai insolvensi.
SVB menutup operasi pada Jumaat menjadikan ia sebagai bank terbesar yang ditutup sejak krisis kewangan dunia pada 2008.
Kebimbangan pasca krisis Silicon Valley Bank
#Silicon Valley Bank #HSBC Britain #SVB United Kingdom #Menteri Kewangan UK Jeremy Hunt
;