Hong Leong Bank sasarkan pertumbuhan 32 peratus dalam pengguna perbankan digital

Bernama
Oktober 10, 2015 16:12 MYT
Pertumbuhan itu akan disokong oleh peningkatan sebanyak 72 peratus dalam pendaftaran pengguna baharu untuk Hong Leong Connect Online. - Gambar Paparan Skrin
Hong Leong Bank Bhd (HLB) mensasarkan pertumbuhan 32 peratus menjelang akhir 2016 dalam jumlah pengguna pangkalan perbankan digitalnya yang kini mencecah 700,000, dipacu oleh cadangan gaya hidup teknologi perbankan mudah alih - penyelesaian Pengesahan Biometrik Connect Hong Leong Connect.
Pengarah Urusan Hong Leong Islamic Bank Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata pertumbuhan itu akan disokong oleh peningkatan sebanyak 72 peratus dalam pendaftaran pengguna baharu untuk Hong Leong Connect Online, manakala pengguna dan muat turun aplikasi mudah alihnya dijangka tumbuh sebanyak 42 peratus.
"Memandangkan kehidupan kita menjadi saling bergantung dengan teknologi digital, telefon pintar menjadi penting dalam hidup kita. Kami berusaha untuk menerajui bidang teknologi perbankan digital bagi menyediakan pelanggan dengan kemudahan di hujung jari mereka," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
HLB telah mencipta ciri-ciri perbankan mudah alih yang menggunakan aplikasi teknologi biometrik, membolehkan akses mesin juruwang automatik (ATM) dan mengesahkan pembayaran menggunakan pengenalan cap jari sebagai ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Fungsi pengesahan biometrik membolehkan pengguna untuk mengakses dan melaksanakan pelbagai perkhidmatan termasuk semakan baki, pemindahan wang, pengeluaran tunai tanpa kad dan pembayaran kepada saudagar runcit.
"Dengan Hong Leong Connect pada peranti mudah alih anda, anda boleh tinggalkan dompet di rumah," kata Raja Teh Maimunah.
Fungsi itu kini boleh didapati pada model telefon pintar dengan kemampuan pengimbasan biometrik yang siap dipasang di kilang seperti Apple (iPhone 5s dan ke atas) serta peranti Android (Samsung Galaxy S6 dan ke atas dengan sistem operasi 5.1.1 dan seterusnya).
#Hong Leong #perbankan digital
;