Hong Leong Bank perkenal platform pinjaman dalam talian

Bernama
November 3, 2016 16:04 MYT
Hong Leong Bank Bhd hari ini memperkenalkan platform permohonan pinjaman kenderaan dalam talian yang dikenali sebagai Loan2Go.
Hong Leong Bank Bhd hari ini memperkenalkan platform permohonan pinjaman kenderaan dalam talian yang dikenali sebagai Loan2Go.
Ini menjadikan HLB sebagai bank pertama di Malaysia yang mewujudkan aplikasi permohonan pinjaman dalam talian yang mampu memproses pembiayaan kenderaan yang dihantar daripada tablet oleh pasukan jualan.
Pengarah Urusan Kumpulan HLB Domenic Fuda dalam satu kenyataan hari ini, berkata HLB sedang beralih ke arah pendigitalan sehingga ke teras, sambil menambah, aplikasi ini akan meningkatkan kelajuan dan kualiti penyampaian bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang.
"Langkah kami untuk memperkenalkan platform permohonan pinjaman dalam talian ini merupakan sebahagian daripada usaha bank bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui proses pendigitalan," katanya.
Langkah ini juga akan membolehkan HLB memaksimumkan masa dan fokus pasukan jualan pinjaman kenderaannya ke atas penjanaan jualan, seterusnya, menyumbang kepada produktiviti keseluruhan pasukan.
"Dengan kelulusan di tangan, pelanggan akan mempunyai keyakinan untuk melengkapkan permohonan pinjaman kenderaan mereka dengan HLB.
"Ketiganya, pengedar kami akan dapat memuktamadkan jualan separuh dari masa yang diperlukan memandangkan permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa dari Isnin hingga Ahad," katanya.
Loan2Go merupakan satu lagi contoh strategi inovasi digital pelbagai serampang HLB, yang dibuat seiring dengan pengumuman usahasama dengan sektor perniagaan Malaysia melalui Rangkaian Budiman baru-baru ini bagi menyokong dan membangunkan syarikat permulaan serta perniagaan yang terlibat dalam penggunaan teknologi tempatan dan program mentor. -- BERNAMA
#HLB #Hong Leong Bank #Loan2Go #permohonan pinjaman kenderaan dalam talian
;