Honda sasar jual 100 Civic setahun
Bernama
November 9, 2017 07:00 MYT
November 9, 2017 07:00 MYT
Honda Malaysia Sdn Bhd berhasrat untuk menjual 100 unit Civic Type R yang baharu setahun, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Toichi Ishiyama.
Katanya, untuk 2017, Honda Malaysia telah menyasarkan untuk menjual 100 unit model baharu tersebut.
"Syarikat telah menerima tempahan bagi 60 kereta berkenaan dan ini telah melebihi sasaran sebanyak 30 buah sejak tempahan dibuka pada bulan Oktober," katanya.
Ishiyama berkata demikian semasa majlis pelancaran kereta berkenaan pada Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung selama empat hari bermula Khamis.
Honda adalah komited untuk menawarkan produk yang bernilai tinggi dan memiliki teknologi termaju bagi memuaskan hati para pelanggannya.
"Kami juga berazam untuk mengekalkan teras asas nilai dalam semua produk kami yang melambangkan unsur-unsur 'Fun To Drive," katanya.
Model baharu ini diimport dari kilang Honda yang terletak di Swindon, UK, manakala enjinnya dibuat di Anna, Ohio (Honda of America Manufacturing Inc).
Kereta tersebut berharga RM320,000 tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia, RM180,000 di Langkawi dan RM181,000 di Labuan.
-- BERNAMA