Honda panggil balik 147,894 unit kenderaannya

Astro Awani
Jun 23, 2016 12:23 MYT
Pengguna yang menerima surat tersebut dinasihatkan membawa surat dan kenderaan ke cawangan edaran Honda yang sah bagi tujuan pemeriksaan. -Gambar fail
Honda Malaysia memanggil balik 147,894 unit model jenama itu bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang.
Dalam satu kenyataan, ia berkata proses pemanggilan balik ini melibatkan lapan model: Accord (keluaran 2003 hingga 2011), City (2009 hingga 2011), Civic (2007 hingga 2011), CRV (2008 hingga 2011), Freed (2009 hingga 2011), Insight (2011), Jazz (2009 hingga 2011), dan Odyssey (2004 hingga 2008).
Kesemua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat termasuk butiran pemanggilan.
Pengguna yang menerima surat tersebut dinasihatkan membawa surat dan kenderaan ke cawangan edaran Honda yang sah bagi tujuan pemeriksaan.
Semua kos penukaran akan ditanggung oleh Honda.
Bagaimanapun, Honda berkata semua model jualan terkini tidak terjejas.
Ia juga menegaskan syarikat akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan ketat terhadap keselamatan penumpang dalam semua model keluarannya.
#accord #freed #Honda #Odyssey #peledak beg udara #tarik balik #tempat duduk bahagian penumpang
;