Honda Malaysia tingkatkan kapasiti pengeluaran

Rizal Zulkapli
Januari 16, 2014 13:02 MYT
Honda Malaysia mensasarkan peningkatan kapasiti pengeluaran daripada 50,000 unit kepada 100,000 unit setahun dengan pembukaan produksi kedua di Melaka.
Produksi kedua di Pegoh ini akan turut meningkatkan produksi dari 200 ke 400 unit sehari.
Produksi kedua ini melibatkan pelaburan sebanyak RM382juta.
Ia mula beroperasi pada Oktober dengan lebih 700 pekerja.
Honda Dalam kenyataannya menyebut, ia komited untuk pengeluaran kenderaan hibrid di Malaysia.
Honda Malaysia memasang model City, CRV dan Jazz petrol serta hibrid di Pegoh.
Honda turut melabur RM1billion untuk mencapai sasaran jualan 100,000 unit kenderaan menjelang 2016.
Ia turut mensasar meningkatkan komponen alat ganti tempatan daripada 30 ke 40 peratus kepada 70 peratus pada masa depan.
Honda menguasai 50 peratus jualan model hibrid di Malaysia.
#hibrid #Honda City #Honda CRV #Honda Jazz #honda malaysia
;