Hibiscus belanja RM199 juta untuk kepentingan dalam medan pengeluaran O&G
Najib Aroff
Ogos 7, 2015 23:07 MYT
Ogos 7, 2015 23:07 MYT
Anak syarikat tidak langsung Hibiscus Petroleum, Anasuria Hibiscus UK Ltd merancang membeli 50 pegangan dalam Kluster Anasuria di lautan utara United Kingdom bernilai RM199.1 juta.
Melalui rancangan itu, Anasuria Hibiscus akan memiliki 50 peratus dan baki dimiliki Ping Petroleum UK Ltd.
Dalam satu kenyataan Hibiscus berkata syarikat itu dan Ping Petroleum secara bersama memeterai perjanjian jual beli dengan Shell UK Ltd, Shell EP Offshore Ventures Ltd serta Esso Exploration and Production UK Ltd bagi mengambil alih kepentingan dalam Kluster Anasuria.
Kluster Anasuria terletak kira kira 175 kilometer di timur Aberdeen di laut utara, UK Central.
Kluster itu mengandungi 4 medan minyak yang dimiliki secara bersama oleh Shell UK dan Esso dengan peratusan pengangan berbeza.
Pengambilalihan Kluster Anasuria tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia dan kebenaran pihak ketiga termasuk kelulusan kerajaan United Kingdom dan pemegang saham Hibiscus.