Hei Zel Tan kini penasihat, pengarah program baharu BCSD Malaysia

Astro Awani
Mac 14, 2023 07:15 MYT
The Business Council for Sustainable Development Malaysia melantik Hei Zel Tan sebagai penasihat dan pengarah programnya yang baharu. - Foto BCSD Malaysia
KUALA LUMPUR: BCSD Malaysia Bhd atau dikenali sebagai 'The Business Council for Sustainable Development Malaysia' melantik Hei Zel Tan sebagai penasihat dan pengarah programnya yang baharu.
Pengasas dan pengarah syarikat, Roberto Benetello telah menyerahkan operasi harian persatuan itu kepada Tan, berkuat kuasa 1 Mac 2023, tetapi beliau kekal sebagai lembaga pengarah.
Tan, seorang peguam litigasi sivil dengan dua kelayakan di England, Wales dan Malaysia, membawa pengalaman dalam pembangunan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam bidang seperti pemuliharaan marin, pengurusan perikanan, belanjawan responsif gender, antipemerdagangan manusia dan hak asasi manusia.
Pengerusi BCSD Malaysia, Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid berkata, pihaknya berbangga dan mengalu-alukan pelantikan Tan, selain yakin dengan kepakaran serta rekod prestasi yang mengagumkan.
"Organisasi berada pada kedudukan baik untuk menyokong perniagaan yang mampan dan mempercepatkan transformasi sistem yang diperlukan untuk masa depan sifar bersih, sifat positif serta saksama
melalui gabungannya dengan majlis perniagaan dunia untuk pembangunan mampan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Zakri, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Roberto atas peranan pentingnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Kami gembira bahawa beliau akan terus memainkan peranan penting kepada agenda kelestarian Malaysia," katanya.
Roberto akan menjadi ketua pegawai eksekutif baharu Malaysian Recycling Alliance Bhd (MAREA) bermula pada Mac 2023.
#BCSD Malaysia #Hei Zel Tan #Business Council for Sustainable Development Malaysia #Roberto Benetello
;