HB Global: Tiada penggantungan urus niaga saham esok

Bernama
Mei 8, 2013 09:07 MYT
HB Global Limited mengumumkan bahawa urus niaga saham-saham syarikat itu tidak akan digantung pada 9 Mei, 2013.
Syarikat itu telah mengemukakan akaun tahunan berauditnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 (TK12) kepada Bursa Malaysia Securities hari ini, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Minggu lepas, syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Sozo Global Ltd itu berkata penyata kewangannya akan lewat dikemukakan kerana sedang diaudit.
Saham-sahamnya menghadapi tindakan digantung urus niaga jika ia tidak mengemukakan penyata kewangan berauditnya bagi TK12 pada atau sebelum 8 Mei, 2013.
#HB Global Limited #penggantungan #saham
;