Hari pertama pasaran dibuka selepas PRU14 ditutup tinggi

Astro Awani
Mei 14, 2018 19:10 MYT
KLCI dibuka buat pertama kalinya setelah Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 Rabu lalu
Penanda aras pendasar FBM KLCI ditutup 3.91 mata atau 0.21 peratus lebih baik pada 1,850 pada jam 5 petang Isnin.
Dagangan saham KLCI dibuka lebih rendah dan turun sehingga paras 1,800 sebelum naik mendadak ke paras 1,875 pada tengah hari.
Harga pasaran kemudian stabil ke paras 1,850 berikutan para pelabur disokong oleh peningkatan pasaran tunai.
#bursa #FBMKLCI #ftse #hadapan #kontrak #nyse #pasaran #saham
;